Rabu, 11 Julai 2012

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS PPD PETALING PERDANA 2012

Pada 13 Jun 2012, kelas PPKI SK Shah Alam telah menyertai Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas PPD Petaling Perdana bagi tahun 2012 ini.  Majlis ini telah diadakan dengan jayanya di SK Seksyen 13 Shah Alam.  Warga PPKI SK Shah Alam telah giat menjalani latihan untuk persiapan menyertai Majlis Tilawah Al Quran ini. PPKI SK Shah Alam telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan, iaitu :

1) Nasyid Sekolah Rendah
2) Azan Subuh (ERWANSYAH BIN MOHD DARWI)
3) Bercerita Kisah-kisah Al Quran (MUHAMMAD BADRIE AZIZIE BIN BAKRI)
4) Pertandingan Tulisan Khat (MIKHAEL HAZEQ MOHD MIZI & JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN)



Sedikit Gambar Kenangan......

Foto 1 : Bergambar kenangan sebelum bertolak ke SK Seksyen 13 Shah Alam.

Foto 2 : Berdebar menunggu giliran persembahan nasyid. 

Foto 3 : Bersedia untuk persembahan nasyid.

Foto 4 : Pertandingan Tulisan Khat (Jiveya dan Mikhael)

Foto 5 : Pertandingan Bercerita Kisah-kisah Al Quran (Badrie)

Foto 6 : Pemenang tempat ke-2 Pertandingan Tulisan Khat.


Pencapaian :

1)  JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN
  • Pertandingan Tulisan Khat  (Tempat ke-2).

SYABAS DAN TAHNIAH!!!
TERUSKAN USAHA KE ARAH KECEMERLANGAN! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan