Rabu, 11 Julai 2012

KARNIVAL PERMAINAN FUTSAL DAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS PPD PETALING PERDANA 2012

Pada 04 Julai 2012, PPKI SK Shah Alam telah menghantar DUA orang murid untuk menyertai pasukan bola jaring SK SS19 (campuran) dalam Karnival Permainan Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas PPD Petaling Perdana.  Pasukan bola jaring SK SS19 (campuran) telah dibentuk hasil gabungan lima buah sekolah iaitu SK SS19 (3 orang), SK Shah Alam (2 orang), SK Raja Muda (2 orang), SK Hicom (1 orang) dan SK Jalan U3 (1 orang). Pasukan bola jaring ini telah menjalani latihan selama 3 hari di dua lokasi berbeza iaitu di SK Raja Muda dan SK SS19 Subang. Gabungan lima buah sekolah ini telah berjaya membentuk sebuah pasukan bola jaring yang mantap dan mampu bersaing.  Berikut adalah senarai nama murid PPKI SK Shah Alam yang terpilih menyertai pasukan bola jaring tersebut :

1)  SITI NORSHAFIKAH BINTI ZULKIFLI
2)  JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN


Sedikit Gambar Kenangan....

Foto 1 : Sesi bergambar selepas pendaftaran pasukan.

Foto 2 : Pemain-pemain melakukan aktiviti memanaskan badan.

Foto 3 : Aksi perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Foto 4 : Aksi sebelum perlawanan akhir bertemu SK Serdang.

Foto 5 : Gambar kenangan selepas aksi perlawanan akhir.






Pencapaian  :

  • Tempat ke-2 (naib juara) bola jaring kategori BP Jr.

SEKALUNG SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!!!
TIADA HALANGAN HANYALAH PELUANG...... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan