Rabu, 11 Julai 2012

KARNIVAL PERMAINAN FUTSAL DAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS PPD PETALING PERDANA 2012

Pada 04 Julai 2012, PPKI SK Shah Alam telah menghantar DUA orang murid untuk menyertai pasukan bola jaring SK SS19 (campuran) dalam Karnival Permainan Futsal dan Bola Jaring Pendidikan Khas PPD Petaling Perdana.  Pasukan bola jaring SK SS19 (campuran) telah dibentuk hasil gabungan lima buah sekolah iaitu SK SS19 (3 orang), SK Shah Alam (2 orang), SK Raja Muda (2 orang), SK Hicom (1 orang) dan SK Jalan U3 (1 orang). Pasukan bola jaring ini telah menjalani latihan selama 3 hari di dua lokasi berbeza iaitu di SK Raja Muda dan SK SS19 Subang. Gabungan lima buah sekolah ini telah berjaya membentuk sebuah pasukan bola jaring yang mantap dan mampu bersaing.  Berikut adalah senarai nama murid PPKI SK Shah Alam yang terpilih menyertai pasukan bola jaring tersebut :

1)  SITI NORSHAFIKAH BINTI ZULKIFLI
2)  JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN


Sedikit Gambar Kenangan....

Foto 1 : Sesi bergambar selepas pendaftaran pasukan.

Foto 2 : Pemain-pemain melakukan aktiviti memanaskan badan.

Foto 3 : Aksi perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Foto 4 : Aksi sebelum perlawanan akhir bertemu SK Serdang.

Foto 5 : Gambar kenangan selepas aksi perlawanan akhir.






Pencapaian  :

  • Tempat ke-2 (naib juara) bola jaring kategori BP Jr.

SEKALUNG SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!!!
TIADA HALANGAN HANYALAH PELUANG...... :)

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS PPD PETALING PERDANA 2012

Pada 13 Jun 2012, kelas PPKI SK Shah Alam telah menyertai Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas PPD Petaling Perdana bagi tahun 2012 ini.  Majlis ini telah diadakan dengan jayanya di SK Seksyen 13 Shah Alam.  Warga PPKI SK Shah Alam telah giat menjalani latihan untuk persiapan menyertai Majlis Tilawah Al Quran ini. PPKI SK Shah Alam telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan, iaitu :

1) Nasyid Sekolah Rendah
2) Azan Subuh (ERWANSYAH BIN MOHD DARWI)
3) Bercerita Kisah-kisah Al Quran (MUHAMMAD BADRIE AZIZIE BIN BAKRI)
4) Pertandingan Tulisan Khat (MIKHAEL HAZEQ MOHD MIZI & JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN)



Sedikit Gambar Kenangan......

Foto 1 : Bergambar kenangan sebelum bertolak ke SK Seksyen 13 Shah Alam.

Foto 2 : Berdebar menunggu giliran persembahan nasyid. 

Foto 3 : Bersedia untuk persembahan nasyid.

Foto 4 : Pertandingan Tulisan Khat (Jiveya dan Mikhael)

Foto 5 : Pertandingan Bercerita Kisah-kisah Al Quran (Badrie)

Foto 6 : Pemenang tempat ke-2 Pertandingan Tulisan Khat.


Pencapaian :

1)  JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN
  • Pertandingan Tulisan Khat  (Tempat ke-2).

SYABAS DAN TAHNIAH!!!
TERUSKAN USAHA KE ARAH KECEMERLANGAN! :)

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012

Pada 09 Mei 2012, DUA orang murid PPKI SK Shah Alam telah terpilih untuk mewakili kontinjen PPD Petaling Perdana dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2012.  Kejohanan ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Kuala Selangor.  Bagi persiapan kejohanan ini, kedua-dua murid ini telah menyertai latihan pusat yang diadakan di Kompleks Sukan MPSJ, Subang selama 3 hari.  Berikut dinyatakan nama murid dan acara yang disertai pada kejohanan tersebut.


1)  SITI NORSHAFIKAH BINTI ZULKIFLI (100 Meter, 200 Meter)
2)  JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN (Lontar Peluru)


Sedikit gambar kejohanan....

Foto 1 : Atlet-atlet sedang melakukan aktiviti memanaskan badan.

Foto 2 : Atelt SK Shah Alam (Siti Norshafikah) di lorong ke-4.

Foto 3 : Atlet-atlet lontar peluru berjalan menuju ke lokasi lontaran.

Foto 4 : Atlet-atlet sedang mendengar taklimat majlis penutup.


Foto 5 : Majlis penutup kejohanan yang dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Latif Bin A.Aziz, Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta JPN Selangor.



Pencapaian Atlet PPKI SK Shah Alam  :


1)  SITI NORSHAFIKAH BINTI ZULKIFLI
  • Tempat ke-3 acara akhir 3 100 Meter (Kategori BP Jr.-Perempuan).
  • Tempat ke-4 acara akhir 2 200 Meter (Kategori BP Jr.-Perempuan).

2)  JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN
  • Tempat ke-11 daripada 14 peserta acara Lontar Peluru (Kategori BP Jr.-Perempuan).

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!!!
LIPAT GANDAKAN USAHA UNTUK LEBIH CEMERLANG PADA MASA AKAN DATANG! :)


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PPD PETALING PERDANA 2012

Pada 06 dan 07 Mac 2012, kelas PPKI SK Shah Alam telah menghantar kontinjen ke Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas PPD Petaling Perdana bagi tahun 2012.  Kejohanan ini telah berlangsung di SMK USJ 23, Subang.  Berikut adalah senarai nama murid dan acara yang disertai pada kejohanan tersebut.

1)  ERWANSYAH BIN MOHD DARWI   (100 Meter BP Jr., Lompat Jauh BP Jr.)
2)  MUHAMMAD AMIR AMIRUL BIN ZULKARNAIN  (Lontar Peluru BP Jr.)
3)  MUHAMMAD BADRIE AZIZIE BIN BAKRI  (Lontar Peluru BP Jr.)
4)  MUHAMMAD DANIAL HAKIMI BIN KAMARUDDIN (100 Meter BP Jr., Lompat Jauh BP Jr.)
5)  MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUSTAPHA KAMAL (75 Meter Sindrom Down Jr.)
6)  JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN (Lontar Peluru BP Jr., Lompat Jauh BP Jr.)
7)  SITI AISHAH BINTI MOHD MARMOYO (75 Meter Sindrom Down Jr.)
8)  SITI NORSHAFIKAH BINTI ZULKIFLI  (100 Meter, Lompat Jauh, Lontar Peluru BP Jr.)


Sedikit Gambar Kejohanan.....


Foto 1 : Bergambar sebelum bertolak ke SMK USJ 23, Subang.
                                 
Foto 2  :  Acara 100 Meter BP Jr. (Lelaki)
                                               

Foto 3 : Acara 75 Meter Kategori Sindrom Down Jr. (Perempuan)
                           


Foto 4  :  Acara lontar peluru BP Jr. (Perempuan)
                                          



Foto 5  :  Acara lompat jauh BP Jr. (Lelaki)
                                                


Foto 6  :  Atlet harapan PPKI SK Shah Alam, Siti Norshafikah Binti Zulkifli (2 Perak, 1 gangsa)  





Foto  7  :  Bergambar kenangan sebelum bertolak pulang.







Pencapaian atlet PPKI SK Shah Alam  :

1)  SITI NORSHAFIKAH BINTI ZULKIFLI 
  •  Pingat Perak 100 Meter (Kategori BP Jr.-Perempuan)
  •  Pingat Perak Lompat Jauh (Kategori BP Jr.-Perempuan)
  •  Pingat Gangsa Lontar Peluru (Kategori BP Jr.-Perempuan)

2)  JIVEYA A/P SIVAKKUMARAN

  •  Pingat Perak Lontar Peluru (Kategori BP Jr.-Perempuan) 

3)  SITI AISHAH BINTI MOHD MARMOYO
  •  Pingat Perak Acara 75 Meter (Kategori Sindrom Down Jr.-Perempuan)


PENCAPAIAN KESELURUHAN KONTINJEN PPKI SK SHAH ALAM

  •  4  Perak, 1 Gangsa  (Kedudukan ke-7 terbaik daripada 20 buah sekolah yang mengambil bahagian).

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!!!!

Salam Perkenalan...... PPKI SK Shah Alam...


~ Kenangan semasa mengikuti program "Special Science Day" di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur ~